Alhamdulillah Ya Allah...keje sebagai apa dan di mana itu biarlah menjadi rahsiaku dan keluarga...huhu...selagi ia adalah rezeki yang halal maka seharusnya aku memanjatkan rasa syukur itu ke hadratNya...Amin Ya Rabb
Sebenarnya aku tertarik untuk bercerita tentang soalan yang diajukan padaku semasa sesi temuduga tempoh hari..."cik ada kelulusan.......cik tau kan keje ini sambilan sahaja...boleh kami tau kenapa cik berminat unyuk berkerja di sini?" tanya penemuduga itu padaku....
Tengok pada situasi yang aku hadapi di atas pun kita sudah boleh simpulkan bahawa bukan mudah untuk mendapatkan perkerjaan pada zaman sekarang...terlalu ramai yang mempunyai kelulusan yang tinggi tapi masih tidak berkerja lantaran persaingan yang begitu sengit...bayangkan tahun2 seterusnya apabila lebih ramai yang menghabiskan pengajian mereka dan keluar untuk mencari pekerjaan...di manakah mereka ini akan ditempatkan...huhu...hanya Allah yang Maha Mengetahui...
Hmmm...aku bukanlah seorang bijak pandai yang layak menasihatkan orang ramai...followers pun xramai di blogku ini...dan aku pun terkategori dalam golongan yang sangat la liat nak menghapdate...(ikut mood aku la...huhu)..cuma kat sini nak aku nyatakan pandanganku sendiri tentang peluang pekerjaan..bagi aku kan...x ape la jika xdapat keje yang sesuai dengan kelulusan pun @ sambilan/kontrak sekali pun...jangan tolak rezeki yang Allah kurniakan...dunia hari ni penuh dengan persaingan...jika kita x ambil peluang yang mungkin sesekali muncul dalam hidup kita, x mustahil pun satu masa nanti Allah akan tarik balik semua tu...jika kita fikir kita punya kelulusan yang tinggi, kita kena ingat bahawa di sekeliling kita juga ramai yang mempunyai kelulusan yang x kalah pun dengan kita...sama ada tetap @ sambilan terima sahaja dulu peluang yang ada...sekurang2 nya ia boleh menjadi pengalaman buat kita di masa hadapan...yakinlah bahawa setiap seorang daripada kita telah ditetapkan rezekinya oleh Allah S.W.T...bahkan rezeki kita telah ditetapkan sejak kita wujud dalam kandungan ibu kita lagi...jadi rajin2lah berdoa (ini ingatan untuk diri sendiri juga)...semoga kita semua mendapat pertolongan dan redho dari-Nya sepanjang masa...Wallahu'alam...
p/s~haa...dah jadi ustazah sekejap~dakwah itu menjadi kewajipan semua orang ye....hmmm...