Pages

Friday, November 25, 2011

saya seorang pekerja

Alhamdulillah Ya Allah...keje sebagai apa dan di mana itu biarlah menjadi rahsiaku dan keluarga...huhu...selagi ia adalah rezeki yang halal maka seharusnya aku memanjatkan rasa syukur itu ke hadratNya...Amin Ya Rabb

Sebenarnya aku tertarik untuk bercerita tentang soalan yang diajukan padaku semasa sesi temuduga tempoh hari..."cik ada kelulusan.......cik tau kan keje ini sambilan sahaja...boleh kami tau kenapa cik berminat unyuk berkerja di sini?" tanya penemuduga itu padaku....

Tengok pada situasi yang aku hadapi di atas pun kita sudah boleh simpulkan bahawa bukan mudah untuk mendapatkan perkerjaan pada zaman sekarang...terlalu ramai yang mempunyai kelulusan yang tinggi tapi masih tidak berkerja lantaran persaingan yang begitu sengit...bayangkan tahun2 seterusnya apabila lebih ramai yang menghabiskan pengajian mereka dan keluar untuk mencari pekerjaan...di manakah mereka ini akan ditempatkan...huhu...hanya Allah yang Maha Mengetahui...

Hmmm...aku bukanlah seorang bijak pandai yang layak menasihatkan orang ramai...followers pun xramai di blogku ini...dan aku pun terkategori dalam golongan yang sangat la liat nak menghapdate...(ikut mood aku la...huhu)..cuma kat sini nak aku nyatakan pandanganku sendiri tentang peluang pekerjaan..bagi aku kan...x ape la jika xdapat keje yang sesuai dengan kelulusan pun @ sambilan/kontrak sekali pun...jangan tolak rezeki yang Allah kurniakan...dunia hari ni penuh dengan persaingan...jika kita x ambil peluang yang mungkin sesekali muncul dalam hidup kita, x mustahil pun satu masa nanti Allah akan tarik balik semua tu...jika kita fikir kita punya kelulusan yang tinggi, kita kena ingat bahawa di sekeliling kita juga ramai yang mempunyai kelulusan yang x kalah pun dengan kita...sama ada tetap @ sambilan terima sahaja dulu peluang yang ada...sekurang2 nya ia boleh menjadi pengalaman buat kita di masa hadapan...yakinlah bahawa setiap seorang daripada kita telah ditetapkan rezekinya oleh Allah S.W.T...bahkan rezeki kita telah ditetapkan sejak kita wujud dalam kandungan ibu kita lagi...jadi rajin2lah berdoa (ini ingatan untuk diri sendiri juga)...semoga kita semua mendapat pertolongan dan redho dari-Nya sepanjang masa...Wallahu'alam...

p/s~haa...dah jadi ustazah sekejap~dakwah itu menjadi kewajipan semua orang ye....hmmm... 

Friday, October 21, 2011

Quote of the day

Dear EX, 
I won't block u, or delete you.
I'm keeping you there,
so you're able to see
how happy i am 
WITHOUT YOU


Kah33...xleh blah statement ni...it's cheering up my day la... =P...credit to Book of Quote kat fb aku...

Monday, October 10, 2011

G-day

cerita lame (seminggu lebih yang lalu) (^_^)Y...akhir nya setahun yang penuh suka duka, pahit manis masam dan masin sudah berakhir secara rasmi...fuuuhhh...ok...i suppose to finish it in one year and half...tp disebabkan sistem semester yang baru kat Malaysia ini...aku kena menghabiskan nya dalam masa setahun sahaja...hoho...berendam air mata...jadual hidup ku amat la pack macam kereta kancil yang disumbat dengan 10 orang penumpang...(relevan kah)...muahaha...tp bila dikenang2 kembali mcm klakar pun ado...hidup yang xserupa hidup...boleh...

Alhamdulillah...syukur pada Allah S.W.T...semua nye sudah berakhir...walau rasa sedih sebab kena berpisah dengan kawan2 yang dah same2 tempuh susah senang bergelar pelajar...namun semua nye adalah satu lagi lumrah kehidupan yang perlu dihadapi oleh semua orang...xkan selama2nya nak jadi pelajar kan...fokus aku sekarang untuk mencari rezeki yang halal di muka bumi Allah ini...(ayat macam nak tanggung anak 11 orang...huhu)...kena tanggung diri sendiri okeh...dah beso mengalahkan mak budak...harus lah pandai2 cari duit sendiri pulak... =)




Sunday, September 25, 2011

ragam budak2 sekolah...

alahai budak2...mengeluh aku melihat budak2 sekarang...jauh nye beza mase zaman aku dolu2...seingat aku seawal usia 7 sampai 12 tahun tu adalah zaman yang paling heaven bagi kanak2 macam aku...xpernah terikat dengan masalah membabitkan perasaan, tak pernah rasa bersalah even dah terang-terangan wat salah...mak ayah marah pun buat muka seposen je...haha...it's not that aku nak kate yang aku ni budak baik...perangai aku memang yang paling teruk dan ganas kot dalam adik-beradik perempuan aku...yang paling banyak kena rotan pun aku la...tapi i'm not going to blame my parents because of that...i deserved that!!!dan kerana rotan itu la aku membesar (obviously besar ;p) sebagai manusia...bukan lah nak bangga diri...tapi honestly bagi aku pendidikan awal dari rumah akan membentuk keperibadian anak2 sehingga dewasa...tegas itu penting dalam mendidik anak2...

heee..panjang nya mukaddimah aku kan...sebenarnya dah lama tak berblogging...idea ada cuma aku malas nak mengolah kat laman sesawang ni...cuma hati aku tergerak nak pos kan entri ni sejak aku terpandang fb budak2 yang add aku.. (ade antaranya baru bersekolah rendah)...kisahnya tak ade lah besar sangat...cuma aku pelik melihat senario budak2 zaman sekarang...seawal usia itu sudah pandai bermain cinta??apatah lagi ada antaranya yang bakal menduduki peperiksaan penting hujung tahun ni...haish...totally different with my era la...adik2 ku...trust me that you have long2 way to go..one day, once you getting older...you will regret if you not perform well now...because nowadays we live in a world which full of competition...if we don't grab golden chance which maybe comes once in our life...we won't get it back in the future...think it my dear adik2...so that, you will not regret later.. (^_^)Y

aku teringat diri sendiri masa sekolah rendah...xde makna nya nak bercintan-cintun bagai...still boleh main kejar2 ngan budak laki kat sekolah tanpa ada perasaan yang pelik2...ngeehehe...tp serius aku x nyesal...sebab aku dapat rasa manis nya zaman kanak2 tanpa dunia cyber macam hari ni....ape barang main game kat pc dude!!kejar2, batu seremban, tudung botol, main lompat2 tali getah....and bla bla bla.....tu semua laaaaaaaaaaaagggiiii best....la niii xleh nak main dah tu semua...bayangkan kalu orang tengok seorang anak dara duk terloncat2 main tali getah....euwhhhh...buruk yang hamat!!!haha... 

Thursday, March 24, 2011

Trilogi cinta

pergh...dah terkena penangan drama terbitan Suhan Movies ni....sampai sanggup tengok secara online kat tv1 streaming gara2 tak mengikuti cerita ni dari awal...drama ni merupakan adaptasi dari novel nukilan Sh. Abu Salem...if i'm not mistaken i've read these novels for about 8 years ago...and at that time i really crazy over Razif (main character) in these novels...cerita yang diadaptasi ni memang tak mengecewakan...aku yang dah ingat2 lupa jalan cerita novel tu pun boleh terimbas kembali dengan adegan2 dalam novel tu...memang best because cerita yang dipertontonkan boleh dikatakan hampir 100 % menyerupai novel tu =)

eh...ade ke lelaki macam Razif tu kat Malaysia ni?hehe...aku yang dulu bukan die hard fan of Rosyam Nor dan Fouziah Gous pun dah tetibe terminat kat diorang nih...tetibe nampak Rosyam tu handsome la dalam kategori usia nye tu..lalala~ ;p

eh...kalu aku dapat laki yang macam tu...konpem tak tolak kot...huhu...(tapi i nak yang muda ^_^)...ngee ~~

ape2 pun thumbs up untuk Rosyam Nor dan barisan pelakon nye sebab berjaya membuat kan aku dan uni melekat kat depan tv tiap2 malam ahad-selasa jam 10 malam...

p/s: nak beli balik novel ni semua sebab dulu pinjam kawan punya...konpem la lepas ni terbayang rosyam dan fouziah bile baca balik novel ni =)



tengok la drama ni (ceh...tolong promote)

Miss these novels

^_^



Saturday, March 19, 2011

Hari bahagia mereka

Mesti dah dapat teka entri ape kan??tahniah buat kawan2 yang dah bertukar status tu...glad and happy for u guys...dalam banyak2 jemputan yang aku dapat, just satu majlis yang dapat aku attend...majlis kawan baik aku masa zaman sekolah dulu...selamat bergelar "Puan" ye Syahida Kamaliah...

Just scroll down untuk cerita2 seterus nya =)


Debaran sebelum akad nikah

Berdebar lagi kot ;p

She was officially taken =)

Ehem2 ;p


From her 

From him

Pelamin Cinta mereka

Hari sanding

Sanding lagi

Amik berkat...lalala ~

Peyut pun nak amik berkat jugak ;p

Ngee ~~~

Menempel sejenak...semua pakai fresh flower...nice =)

*Credit to Eti...sebab semua pic ini aku belasah dari FB mu... =)

P/s: Selamat berbahagia juga buat semua : Azura & Rauf, Akmawati & Nazri dan Fahmi dan Shazila =). Semoga bahagia dunia dan akhirat...Amin...




Friday, March 4, 2011

Aku Tak Sembahyang....Tetapi Aku Berjaya...(Muhasabah diri di hari Jumaat)

Ilmu ini aku share kan dr FB aku...xsalah berkongsi ilmu...kreditnye di dunia & akhirat =)

Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.

Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?

Maka saya hendak bertanya kepada anda.

Adakah anda tahu apa itu istidraj?

Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?
Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.

Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.

 Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.

Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.
Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,

“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”

Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.

Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.

Nah… Apakah itu yang kita mahu?

Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?

Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”
Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.

 Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.

Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.

Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.

“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”
ALLAH menjawab,

“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”

Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,

“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”

Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.
  
Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita. Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?

Saya yakin tidak..

Anda tenang sekarang?

Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.

Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.

Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula.

Monday, February 28, 2011

I will miss you

Tahniah aku ucapkan kat dia...sbb berjaya dapat keje....saya doa kan kejayaannya...satu2 nye insan yang ade kat hati saya ini...dr dulu, hr ini dan InsyaAllah...di masa2 hadapan...

Bkn tidak menyokong pilihan kamu...malah saya akan selalu menyokong kamu...cuma mmg jenis  saya xpandai menyembunyikan kesedihan...maaf ye jika membuat kamu susah hati...maklum lah, ini kali pertama saya kena berjauhan dr kamu...jd saya agak terbawa2 oleh prasaan ini...but i know...i can handle it..juz give me time...i'll wait for u dear...semoga berjaya...keje baik2 ye... =)




i dedicate this song for you =)

Friday, February 25, 2011

~~Hargai la insan tersayang~~

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?

LELAKI: Kamu!!!
WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang rusukku.

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya...

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.

Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain.

Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!".

LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!" Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.

LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA.

WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.

LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya. Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI: Apa khabar?

WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI: Belum.

WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut.

Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal.."

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya.

Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.

*Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang dikemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat...*

*Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati. Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai?

Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.

*Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima??

Semoga bermanfa'at

Wednesday, February 23, 2011

Kasih ku amanah ku...untuk rakan2 yg bakal berumah tangga


Pernikahan menyingkap tabir rahsia
Suami isteri inginkan keluarga yang bahagia
Dan mengharapkan sebuah bahtera indah
Untuk bersama belayar ke muara

Pernikahan, menginsafkan kita
Perlunya iman dan takwa, meniti sabar dan redha
Bila masa senang syukuri nikmat Tuhan
Susah mendatang tempuhi dengan tabah

Isteri janji telah dipateri
Diijab kabulkan dan dirahmati
Detik pertemuan dan pernikahan
Yang dihujani air mata kasih
Demi syurga Ilahi

C/o
Suami jangan menagih setia
Umpama Hajar dan setianya Zulaikha
Terimalah seadanya yang terindah
Di lubuk hatimu
Isteri adalah amanah buatmu

Pernikahan mengajar tanggungjawab bersama suami dan isteri

Isteri hamparan dunia
Suami langit penaungnya
Isteri ladang tanaman
Suamilah pemagarnya
Isteri bagai kejora
Suami menjadi purnama
Tika isteri beri hempedu
Suami tabah menelannya

Tika suami terteguk racun
Isteri carilah penawarnya
Sungguh isteri rusuk yang rapuh
Berhati-hatilah meluruskannya

Sunday, February 20, 2011

one day in your life


Suke dgr lagu ni...owh...jiwa ku memang evergreeen~~~





One day in your life
You'll remember a place
Someone touching your face
You'll come back and you'll look around, you'll

One day in your life
You'll remember the love you found here

You'll remember me, somehow
Though you don't need me now
I will stay in your heart
And when things fall apart
You'll remember one day
 
One day in your life
When you find that you're always waiting
For a love we used to share
Just call my name, and I'll be there
You'll remember me, somehow
Though you don't need me now
I will stay in your heart
And when things fall apart
You'll remember one day

One day in your life
When you find that you're always lonely
For a love we used to share
Just call my name, and I'll be there

Saturday, February 19, 2011

motivasi is not moti'basi'

Assalamualaikum...



ntah ape la mimpi hr ni...bangkit je dr tdo trs bkk laptop and online...sebtol nye aku melalui minggu2 dan hari2 yg agak menekan aku skrg ni...mood pun agak swing la...tp seboleh nye aku cube handle ia dgn sebtol nye supaya org sekeliling yg x kena mengena ngan masalah aku x terkena tempias nye...sepatut nye mcm tu lah kan...kita x boleh selfish...mksd nye bile kite ade masalah, try utk jgn libatkan org lain yg xtau menahu tntg masalah kite tu utk bersedih same...sbb bile org lain pndg kite mcm tu, serta merta aura negatif tu akan berjgkit same kat org...which means akan menyebabkan org tu pun tibe2 je jd moody...aku msih belum expert beno dlm m'hadapi saat2 moody ni...tp satu yg hrs aku admit, mood aku boleh dipengaruhi oleh org sekeliling aku...ble org sekeliling aku hepi then i can feel the aura too...

emm...sebenar nye kan kat sini aku nak share beberapa perkara yg aku buat bile aku tgh stress. hdp ni sbnr nye nk kena enjoy jgk...so, ble tgh tension kena la cr solution nye...jgn biar kan mcm tu je...
  • bile aku stress, aku suke ngadu...aku xsuke pendam sorg2...sbb rs mcm memberat sgt kat dada aku ni...bese nye aku ngadu kt sorang hamba Allah ni je...jd dia je la yg tau thp ke berapa stress ngan amarah aku tu...kt kwn2 lain aku just act as a normal person (rs nye la...sbb aku xnk libat kan org lain ngan mslh aku)
  • mengaji (aku bkn kategori alim...tp sbgi org Islam kite kena blk pd ajaran kite)
  • bc perkara2 yg boleh motivate blk diri aku...biasa nye bnyk dipos kat FB...kalu guna kan dgn btol kite akan dpt kebaikan nye...FB bkn utk bergosip je.
  • doa bnyk2 kat Allah spya dihlgkan serabut dalam hati dan pemikiran ni.
  • surf internet (youtube)...bese aku akan cr funny video psl kucing and gelak sorang2.
  • dengar nasyid...ni yg kerap aku buat...cb dgr lagu2 yg meniup semangat mcm INSYA ALLAH dr maher zain...sure boleh blow up blk semangat yg dah luntur tu.
sesekali moody tu perkara biase...aku pun x terlepas dr perkara yg same..bile moody aku slalu je b'fikir bkn2..psl tu kena cr jalan utk atasi moody tu..buat kwn2 yg terkena tempias moody tanpa ku sedari tu,,,ampun maaf aku pohon kan =)...ku tak sempurna.




Insya Allah =)


Don't forget to senyum =)